BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.

Menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan Menteri Keadilan Thailand, wakil Thaksin bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

Thaksin kini menjalani hukuman penjara lapan tahun kerana didapati menyalahguna kuasa dan konflik kepentingan selepas kembali daripada buangan selama 15 tahun minggu lalu.

Wakil Thaksin, turut enggan mengulas apabila ditanya lebih lanjut untuk pengesahan mengenai perkara itu.

Manakala peguam Thaksin pula berkata bekas pemimpin itu menyediakan permohonan tersebut secara sendiri, bukan mewakilkannya.

Kisah Thaksin kembali ke Thailand minggu lalu dipenuhi dengan drama kerana sejurus tiba dengan jet peribadi dan melambai kepada penyokongnya, beliau dipindahkan ke penjara.

Pada hari pertama di penjara pula, bekas jutawan telekomunikasi itu dipindahkan ke hospital di mana polis dan pihak berkuasa mendakwa Thaksin mengalami sakit dada serta tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman, Wissanu
Krea-Ngam berkata, permohonan pengampunan itu dikemukakan oleh keluarga Thaksin.

Permohonan pengampunan diraja mesti dikemukakan melalui Jabatan Pemulihan kepada Menteri Kehakiman.

Ia kemudiannya akan dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, yang kemudiannya mesti menyerahkannya kepada Raja Maha Vajiralongkorn.